Pemulihan Ekonomi Global Sepenuhnya Mungkin Memakan Masa Lima Tahun – Ketua Ekonomi Bank Dunia

Pemulihan Ekonomi Global Sepenuhnya Mungkin Memakan Masa Lima Tahun – Ketua Ekonomi Bank Dunia

Dalam penglibatan persidangan jarak jauh di Madrid pada hari ini, ketua ekonomi Bank Dunia, Carmen Reinhart menganggarkan bahawa ekonomi global mungk

Dalam penglibatan persidangan jarak jauh di Madrid pada hari ini, ketua ekonomi Bank Dunia, Carmen Reinhart menganggarkan bahawa ekonomi global mungkin memerlukan masa sehingga lima tahun untuk pulih sepenuhnya dari krisis wabak.

Memetik laporan Retuers, Reinhart berkata, “Mungkin akan berlakunya pemulihan yang cepat berikutan semua langkah-langkah sekatan yang dikaitkan dengan lockdown telah diangkat, namun pemulihan sepenuhnya dijangka memakan masa sehingga lima tahun”.

“Kemelesetan akibat wabak ini akan bertahan lebih lama di sebahagian negara berbanding yang lain. Buat pertama kali dalam dua puluh tahun, kadar kemiskinan global akan meningkat disebabkan oleh krisis ini”, tambah beliau.

Kenyataan Reinhart di atas dilihat tidak memberi kesan yang besar ke atas sentimen pasaran berikutan para pelabur kini masih dalam keadaan berjaga-jaga menjelang keputusan dasar monetari BoE.

Selain itu, dolar AS juga telah bertukar defensif berbanding matawang utama yang lain selepas menghadam keputusan dasar Fed awal pagi tadi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: