Pemulihan Perdagangan Global Dilihat Lebih Cepat Berbanding Setelah Krisis Lehman Brothers 2008

Pemulihan Perdagangan Global Dilihat Lebih Cepat Berbanding Setelah Krisis Lehman Brothers 2008

Perdagangan global sedang bergerak ke arah pemulihan dari wabak yang lebih cepat berbanding krisis kewangan 2008, kata Kiel Institute for the World E

Perdagangan global sedang bergerak ke arah pemulihan dari wabak yang lebih cepat berbanding krisis kewangan 2008, kata Kiel Institute for the World Economy (IfW Kiel), sebuah NGO institut penyelidikan ekonomi di Jerman.

Kadar jumlah penghantaran telah kembali ke paras pra-wabak, lebih cepat berbanding tempoh yang direkodkan selepas kejatuhan Lehman Brothers 12 tahun lalu, mengisyaratkan proses pemulihan berbentuk ‘V’, jelas Gabriel Felbermayr, presiden IfW Kiel.

Perdagangan telah mempamerkan “kemerosotan yang dalam dan pemulihan yang cepat. Situasi ketika ini adalah jauh lebih baik berbanding satu dekad yang lalu.”, tambah beliau.

Pandemik koronavirus telah mendorong kemerosotan ekonomi global terburuk sejak Kemelesetan Besar 1930-an.

Peningkatan awal hanyalah dilihat sebagai cerminan dari hasil penghapusan sebahagian sekatan pergerakan yang sebelum ini dilaksanakan bagi membendung penularan virus.

Selain itu, para pembuat dasar juga memberi peringatan terhadap keyakinan pra-matang, namun tetap beranggapan senario terburuk telah berlalu.

Sebagaimana yang disebutkan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada awal bulan lepas bahawa unjuran pemulihan ekonomi yang kukuh dan berbentuk ‘V’ pada 2021 berkemungkinan “terlalu optimis”

Walau bagaimanapun, sebahagian pertubuhan ekonomi yang lain tetap mengubah pendirian kepada lebih yakin seperti Pengarah IMF Kristalina Georgieva yang kini memfokuskan kepada “kebangkitan semula perdagangan”.

Institut Kiel berpendapat aktiviti penghantaran kontena di kawasan-kawasan utama menyokong kesimpulan yang dibuat, dengan pergerakan kapal di Amerika, Asia dan Eropah telah kembali normal.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: