Penambahan Pelantar Minyak Di Amerika Menyebabkan Harga Minyak Jatuh.

Penambahan Pelantar Minyak Di Amerika Menyebabkan Harga Minyak Jatuh.

Isnin, harga minyak mentah menurun selepas para penggerudi Amerika menambah lebih banyak rig pada minggu lepas. walau bagaimanapun harga minyak masih

Isnin, harga minyak mentah menurun selepas para penggerudi Amerika menambah lebih banyak rig pada minggu lepas. walau bagaimanapun harga minyak masih hampir dengan paras maksimum sejak pertengah tahun 2015 ini juga kerana disokong oleh lanjutan pemotongan pengeluaran yang dipersetujui minggu lalu oleh OPEC dan pengeluar lain.

Pada hari jumaat , syarikat perkhidmatan tenaga Baker Hughes melaporkan bahawa pada 1 Disember , penggerudi-pengerudi di Amerika telah menambah 2 pelantar minyak baru menjadikan keseluruhan pelantar yang ada adalah 749.

Pasaran hadapan minyak mentah Amerika Barat Texas menurun 0.8% dipasarkan $57.90 setong. Sementara itu pasaran hadapan Brent merosot 0.6% mencecah $63.34 setong.

Pengiraan pelantar minyak Amerika merupakan pengukur awal untuk pengeluaran pada masa akan datang. Jumlah pelantar di Amerika tiba-tiba meningkat dari 477 pelantar aktif daripada 2016 setelah syarikat tenaga meningkatkan pelan perbelanjaan untuk tahun ini.

penghujung tahun 2017, proses pengalian di Amerika semakin mengalakan kerana harga minyak mulai meningkat selepas kejatuhan berterusan pada tahun-tahun sebelumnya selepas OPEC serta beberapa pengeluar bukan OPEC memutuskan untuk memotong proses pengeluaran tahun lalu.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: