Penangan Itali, EUR/USD Turun Menguji Support 1.1700

Penangan Itali, EUR/USD Turun Menguji Support 1.1700

Matawang euro meneruskan penurunan pasca FOMC September dan kini menarik EUR/USD jatuh ke paras terendah yang lalu, menguji garisan support 1.1700

Matawang euro meneruskan penurunan pasca FOMC September dan kini menarik EUR/USD jatuh ke paras terendah yang lalu, menguji garisan support 1.1700

Pasangan matawang ini terus ditekan dua sesi berturut-turut pada hari Khamis berikutan para pelabur masih menghadam mesej bercampur daripada mesyuarat FOMC semalam yang dilihat lebih ke arah hawkish.

Tambahan pula, ketidaktentuan yang mengelilingi isu bajet belanjawan kerajaan Itali kembali menekan sentimen euro.

Jurucakap Kementerian Kewangan Itali menafikan khabar angin yang mengatakan Menteri Kewangan Giovanni Tria mengancam untuk meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan belanjawan yang dibincangkan.

Bloomberg juga melaporkan mesyuarat penting belanjawan Itali berkenaan sasaran fiskal tahun hadapan berkemungkinan akan ditangguhkan.

Fokus pelabur Eropah kini beralih kepada Buliten ECB dan Indeks CPI Jerman.

EUR/USD  kini didagang pada harga 1.1706, turun 33 pips atau 0.28% setakat jam 3.45 petang.

Pergerakan dollar pula tertumpu keapada data Pesanan Barangan Tahan Lama dan pertumbuhan GDP AS bagi suku tahun kedua.

Jika paras 1.1700 gagal dipertahankan, EUR/USD berpotensi jatuh ke paras 1.1665, kemudian membuka peluang untuk turun sehingga paras 1.1525.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: