Trump Inauguration Day akan berlangsung kira-kira jam 11.30 malam Jumaat 20/01/2017 waktu Malaysia. Selepas mengangkat sumpah Trump akan memberikan uc
Trump Inauguration Day akan berlangsung kira-kira jam 11.30 malam Jumaat 20/01/2017 waktu Malaysia. Selepas mengangkat sumpah Trump akan memberikan ucapan sulung beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru. Pelbagai acara sambutan bagi meraikan hari bersejarah Trump itu telah dirancang termasuklah perarakan dan konsert oleh artis terkemuka. Mungkin akan terdapat juga tunjuk perasaan di sana sini sekitar US oleh kumpulan penentang Trump.
Menurut beberapa portal berita antarabangsa, Trump sendiri telah mengarang ucapan sulung beliau. Secara tradisi, presiden yang baru mengangkat sumpah akan memberikan ucapan sulung berkenaan idea dan prinsip umum yang akan diguna pakai kelak. Kadang-kala terdapat juga presiden US yang memberikan ucapan semangat bagi menyatukan segenap lapisan rakyat US. Sebagai contoh, Presiden John F. Kennedy telah menyeru rakyat US dengan kata-kata hikmat “Ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country”
Presiden Obama semasa ucapan sulong beliau telah menyeru rakyat US bagi perpaduan nasional yang lebih kukuh dan berharap rakyat US sudi berkorban dan berkongsi tanggungjawab bagi menghadapi cabaran dalaman dan luar negara. Inti pati ucapan Obama merupakan kesinambungan idea-idea Presiden Abraham Linclon.
Melihat kepada sifat Trump yang lebih keras dan sombong, sukar pasaran menjangkakan apakah yang akan diucapkan nanti. Ini merupakan elemen ketidaktentuan dalam pasaran yang dijangka akan menggerakkan seluruh mata wang dunia. Setakat ini hasil pemerhatian pasaran secara kasar, pasaran berpendapat polisi Trump masih samar-samar. Ini dapat dibuktikan selepas Trump memberikan sidang medianya minggu lalu, Greenback terus melemah.
Secara umumnya, jika Trump terus merapu seperti sidang medianya yang lepas, Dolar akan terus melemah. Namun jangan kita lupa mengambil iktibar dari hari pengundian Referendum Brexit, hari pengundian Referendum Perlembagaan Itali, hari pengundian presiden US dan lain-lain kejadian yang berlaku sebelum-sebelum ini, iaitu jangan kita lupa mengambil kira elemen kejutan yang sangat besar dalam ucapan sulung Trump nanti.
“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”
Wallahualam
COMMENTS