Penasihat Ekonomi White House: Outlook Ekonomi AS Dalam “Situasi Yang Sangat Teruk”

Penasihat Ekonomi White House: Outlook Ekonomi AS Dalam “Situasi Yang Sangat Teruk”

Kejatuhan ekonomi AS akibat serangan pandemik koronavirus berkemungkinan menolak kadar pegangguran kepada 16% atau lebih tinggi pada bulan ini, dan l

Kejatuhan ekonomi AS akibat serangan pandemik koronavirus berkemungkinan menolak kadar pegangguran kepada 16% atau lebih tinggi pada bulan ini, dan lebih banyak ransangan perlu diperkenalkan bagi memastikan pemulihan yang kukuh.

Penasihat Presiden Trump, Keven Hassett pada hari Ahad lalu berkata di dalam rancangan ABC ‘This Week’, “Ini adalah situasi yang sangat teruk”.

“Ianya adalah kejutan negatif terbesar kepada ekonomi yang pernah dilihat menurut pandangan saya. Kita dijangka melihat kadar pengangguran mencapai paras sebagaimana Great Depression 1930-an “, tambah Hassett.

Perintah berkurung yang diperkenalkan bagi mengatasi penularan wabak telah membenam ekonomi, menutup perniagaan dan menjadikan kadar pengangguran melambung tinggi.

Rekod menunjukkan 26.5 juta rakyat Amerika telah memohon insurans pengangguran sejak pertengahan bulan Mac yang termasuk kemorosotan jualan runcit, pembinaan rumah dan keyakinan pengguna.

Pejabat Belanjawan Kongres (CBO) menjangkakan bahawa pertumbuhan KDNK (GDP) AS akan mengucup hampir 40% pada suku tahun kedua tahun ini dengan purata pengangguran sekitar 10% dan dijangka mencecah 16% pada suku tahun ketiga.

“Saya menjangkakan kadar pegangguran akan melonjak ke paras sekitar 16% atau lebih tinggi pada laporan pekerjaan 8 Mei hadapan yang akan menunjukkan statistik pekerjaan bagi bulan April”, jelas Hassett kepada wartawan di White House.

Beliau turut menambah bahawa akan berlakunya perubahan negatif yang besar terhadap GDP negara pada suku tahun kedua.

Ketika merujuk kepada data ekonomi AS, Hasset mengatakan, “Kamu akan melihat angka yang lebih buruk daripada apa yang pernah kita lihat sebelum ini”

“Kita perlu mengumpulkan lebih banyak dasar yang bijaksana supaya dapat mengembalikan semula keyakinan masyarakat”, tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: