Pencalonan Semula Powell Sebagai Pengerusi Fed Kuatkan Jangkaan ‘Rate Hike’ Tahun Hadapan

Pencalonan Semula Powell Sebagai Pengerusi Fed Kuatkan Jangkaan ‘Rate Hike’ Tahun Hadapan

Dolar AS didagang berhampiran paras tertinggi empat tahun setengah berbanding Yen selepas Biden mencalonkan semula Jerome Powell sebagai pengerusi Fe

Dolar AS didagang berhampiran paras tertinggi empat tahun setengah berbanding Yen selepas Biden mencalonkan semula Jerome Powell sebagai pengerusi Fed untuk penggal kedua, meningkatkan jangkaan kadar faedah akan dinaikkan tahun hadapan.

USD/JPY melepasi paras tertinggi sejak Mac 2017, menambah kenaikan 0.20% selepas melonjak sekitar 0.77% semalam dan kini berada sekitar paras 115.09 setakat jam 2.40 petang.

Presiden Joe Biden telah memilih Powell berbanding calon utama Lael Brainard yang mana dilihat lebih dovish dalam pandangan dasarnya.

Kenyataan itu sekali gus menguatkan jangkaan bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah pada tahun hadapan selepas menamatkan program pembelian bon kecemasannya.

Pergerakan pasaran kewangan secara keseluruhannya dipandu oleh perbezaan pandangan pelabur terhadap rentak bank-bank pusat dunia untuk mengurangkan rangsangan era pandemik dan mula menaikkan kadar faedah.

“Pencalonan pengerusi Powell untuk penggal kedua akan menjadikan pasaran lebih selesa untuk mempertaruhkan kenaikan kadar faedah Fed mulai Julai tahun depan,” kata penganalisis di Westpac dalam satu nota.

“Selain itu, sekurang-kurangnya tiga pegawai Fed kini secara terbuka membincangkan mempercepatkan tapering,” tambahnya.

Semetara itu di Eropah, sekatan berkaitan virus kembali dilaksanakan, sekali gus melebarkan jurang perbezaan antara bank pusat lain serta menguatkan nada dovish dikalangan pegawai bank pusat Eropah (ECB).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: