Pendakian EUR/USD Berakhir, Adakah Masa Untuk ‘Short’?

Pendakian EUR/USD Berakhir, Adakah Masa Untuk ‘Short’?

EUR/USD gagal memecahkan garisan 1.20 walaupun laporan NFP hari Jumaat jauh lebih rendah daripada jangkaan. Kegagalan tersebut telah menekan pasang

EUR/USD gagal memecahkan garisan 1.20 walaupun laporan NFP hari Jumaat jauh lebih rendah daripada jangkaan.

Kegagalan tersebut telah menekan pasangan matawang ini jatuh di bawah 1.20, kini didagang pada harga 1.1987 setakat jam 8.30 malam. Garisan support terdekat berada di paras 1.1910 (S2), kemudian diikuti 1.1860 (S3). Resistance pula kekal di atas 1.20 kemudian paras tertinggi tahun 2017, 1.2090.

Antara faktor yang memandu penurunan EUR/USD adalah pemulihan USD yang berterusan didorong oleh paras pertumbuhan pendapatan yang meningkat berjaya mengalihkan perhatian para pelabur daripada laporan jumlah pekerjaan Amerika bulan Disember yang kecil daripada jangkaan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.25% kepada 91.97.

Selain itu, bacaan tempahan barang perkilangan di Jerman yang menjadi laporan pertama zon Eropah minggu ini susut kepada -0.4%, lebih rendah daripada jangkaan yang melihat peningkatan 0.1%. Walaupun pertumbuhan jualan runcit Zon Eropah meningkat lebih cepat pada bulan November, berada di paras 1.5%, namun angka ini gagal menyelamatkan Euro berbanding USD pada hari ini.

Apakah EUR/USD akan terus menyusut? Hala tuju pergerakan pasangan matawang ini sangat bergantung kepada laporan minit mesyuarat ECB hari Khamis. Sebahagi ahli ECB telah mengumumkan permulaan pengakhiran program pembelian bon selepas bulan September. Namun dengan inflasi yang lemah, Draghi kekal dengan pendirian beliau untuk meneruskan pelonggaran dasar sedia ada.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: