Pendakian Pound (GBP) Akan Terhalang Dengan Tiga Isu Di UK

Pendakian Pound (GBP) Akan Terhalang Dengan Tiga Isu Di UK

Harapan memperoleh vaksin koronavirus dengan pengumuman Massachusetts-based Moderna Inc telah memulihkan sentimen dan menghapuskan permintaan safe ha

Harapan memperoleh vaksin koronavirus dengan pengumuman Massachusetts-based Moderna Inc telah memulihkan sentimen dan menghapuskan permintaan safe haven USD sejak hari Isnin yang lalu, dan mendorong GBP/USD meningkat dua hari berturut-turut.

Namun berlalunya masa, ketiadaan butiran lanjut dan sebarang pengakuan daripada badan-badan kerajaan yang terlibat dengan projek tersebut telah menimbulkan keraguan.

Selain itu, pound sterling masih berpotensi jatuh dengan dorongan tiga isu besar di UK.

1) Pertama adalah peningkatan kes kematian akibat Covid-19 kepada 545 pada hari Selasa lalu.

Keadaan ini akan menyukarkan kerajaan mengangkatkan perintah berkurung yang mana telah memberi tekanan yang besar ke atas ekonomi .

2) Faktor kedua adalah rundingan Brexit yang semakin tegang selepas Ketua Perunding UK David Frost mendakwa EU memperlakukan UK sebagai “rakan kongsi yang tidak layak” kerana menawarkan perjanjian berkualiti rendah.

Beliau turut menyifatkan cadangan Brussels sebagai ‘memalukan’ apabila merujuk kepada syarat menjadikan peraturan EU sebahagian daripada undang-undang Britian.

Kenyataan tersebut kemudian di balas oleh ketua EU, Michel Barnier dengan menyalahkan Britian kerana ingin terus mendapatkan kelebihan anggota negara tanpa sebarang kewajipan.

Ketegangan antara kedua-dua belah pihak meningkatkan kemungkinan untuk UK keluar tanpa sebarang perjanjian setelah tamat tempoh peralihan pada akhir tahun, sekali gus memaksa UK untuk mematuhi undang-undang WTO.

3) Faktor ketiga adalah meningkatnya jangkaan bahawa BoE akan mengumumkan kadar faedah negatif pada tahun ini.

Jangkaan tersebut disokong oleh kelemahan data-data terkini terutamanya data inflasi pengguna CPI yang jatuh mendadak pada bulan April.

Gabenor BoE, Andrew Bailey skeptikal dengan pendekatan ‘negative rate’, namun perbezaan pandangan dikalangan ahli MPC berpotensi memberi tekanan ke atas pound.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: