Pendapatan Pelancongan Merosot Sebanyak 80.9% – Tourism Malaysia

Pendapatan Pelancongan Merosot Sebanyak 80.9% – Tourism Malaysia

Kemasukan pelancong asing ke Malaysia antara Januari hingga September 2020 merosot 78.6% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu, kesan da

Kemasukan pelancong asing ke Malaysia antara Januari hingga September 2020 merosot 78.6% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu, kesan daripada penularan wabak Covid-19.

Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), dalam kenyataannya semalam berkata negara hanya mencatat ketibaan 4.29 juta pelancong pada tahun ini, satu per empat daripada 20.1 juta pelancong yang direkodkan pada tahun 2019.

Selain itu, penurunan tersebut juga menyaksikan kemerosotan 80.9% pendapatan pelancongan daripada RM66.1 bilion kepada RM12.6 bilion.

“Penurunan jumlah kemasukan pelancong yang berterusan adalah berpunca daripada penutupan sempadan antarabangsa sejak 18 Mac, yang mana merupakan tindakan proaktif kerajaan dalam menangani penularan wabak di Malaysia”, jelas mereka.

Agensi ini juga menyebutkan Singapura kekal menjadi penyumbang pertama kepada sektor pelancongan negara, diikuti Indonesia, China, Thailand, India, Brunei, Korea Selatan, Jepun, Australia dan Filipina.

Melihat kepada bilangan lawatan harian pelancong ke Malaysia sepanjang Januari-September, angka tersebut juga merosot sekitar 74.9% berbanding tahun lalu, iaitu daripada 6.9 juta kepada 1.73 juta orang.

“Prestasi pelancongan negara-negara lain juga tidak terkecuali daripada menerima kesan daripada penularan pandemik masyarakat global,” tambah mereka.

Berdasarkan data Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA), negara-negara Asean seperti Thailand, Singapura, Vietman dan Indonesia turut mengalami kadar penurunan yang sama iaitu melebihi 70% disebabkan oleh sekatan perjalanan yang dikenakan di negara masing-masing.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: