blockfi

Pendedahan Besar Dalam FTX, BlockFi Memfailkan Perlidungan Kebangkrapan

Pemberi pinjaman mata wang kripto BlockFi telah memfailkan perlindungan kebankrapan Bab 11 semalam.

Syarikat itu menjadi mangsa pasaran kripto terbaharu selepas terjejas teruk akibat pendedahan kepada kejatuhan FTX pada awal bulan ini.

Pemfailan di mahkamah New Jersey itu muncul setelah harga kripto menjunam dengan bitcoin, mata wang digital paling popular setakat ini, menurun lebih daripada 70 peratus daripada kemuncaknya pada 2021.

Pemfailan itu juga dibuat selepas dua pesaing terbesarnya, Celsius Network dan Voyager Digital, memfailkan kebankrapan pada Julai memetik keadaan pasaran yang melampau yang telah mengakibatkan kerugian di kedua-dua syarikat itu.

BlockFi yang berpangkalan di New Jersey, yang diasaskan oleh eksekutif fintech yang bertukar menjadi usahawan kripto Zac Prince, berkata bahawa pendedahannya yang besar kepada FTX mewujudkan krisis kecairan.

FTX, yang diasaskan oleh Sam Bankman-Fried telah memfailkan perlindungan kebankrapan di AS pada awal November.

Permohonan perlindungan itu dilakukan selepas para pelabur membuat pengularan sebanyak AS$6 bilion daripada platformnya dalam masa tiga hari dan Binance menarik diri daripada menyelamatkan mereka.

BlockFi berkata krisis kecairan adalah disebabkan pendedahannya kepada FTX melalui pinjaman kepada Alameda, firma perdagangan kripto yang bergabung dengan FTX.

Selain itu, mata wang kripto yang dipegang dalam platform FTX yang masih terperangkap di sana turut menjadi punca kepada krisis tersebut.

BlockFi dilaporkan telah menjual sebahagian daripada aset kriptonya pada awal November bagi membiayai kebankrapan, memperoleh sebanyak AS$238.6 juta dalam bentuk tunai.

Dalam pemfailan mahkamah pada hari Isnin, BlockFi menyenaraikan FTX sebagai pemiutang kedua terbesarnya, dengan hutang sebanyak AS$275 juta atas pinjaman yang dilanjutkan awal tahun ini.

BlockFi juga berkata ia berhutang wang kepada lebih daripada 100,000 pemiutang dan sedang merancang untuk memberhentikan dua pertiga daripada 292 pekerjanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *