Pendekatan Kadar Faedah Negatif Tidak Masuk Akal, Presiden Fed New York

Pendekatan Kadar Faedah Negatif Tidak Masuk Akal, Presiden Fed New York

Presiden Fed New York, John Williams dalam satu kenyataannya pada hari ini mengatakan kadar faedah negatif bukanlah satu alat yang masuk akal untuk d

Presiden Fed New York, John Williams dalam satu kenyataannya pada hari ini mengatakan kadar faedah negatif bukanlah satu alat yang masuk akal untuk diketengahkan oleh bank pusat.

“Kami mempunyai alat berbeza yang mana saya fikir lebih efektif dan lebih berkemampuan untuk meransang ekonomi”, jelas Williams ketika berucap disebuah persidangan anjuran Universiti Stony Brook di Long Island, New York.

Beliau merujuk kadar faedah yang rendah, panduan ke hadapan dan penyata imbangan Fed sebagai alat yang boleh digunakan oleh bank pusat dalam membantu ekonomi A.S. mencapai semula pekerjaan maksimum.

Saya tidak menganggap kadar negatif adalah sesuatu yang masuk akal dalam keadaan kita sekarang kerana kami mempunyai alat lain yang dapat digunakan.”, tambah Williams.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: