bitcoin-eth

Penerimaan Mata Wang Kripto Di Malaysia Merosot Kepada 15% Pengguna Internet

Penggunaan mata wang kripto di Malaysia telah menurun 5 peratus kepada 15 peratus pengguna internet Malaysia berumur 18 tahun ke atas, berbanding catatan 20 peratus pada akhir tahun lepas.

Dalam satu kenyataan pada hari ini, lama sesawang Finder.com berkata Indeks Penerimaan Mata Wang Kripto menunjukkan bahawa lelaki lebih berkemungkinan memiliki mata wang kripto.

Hasil tinjuan menunjukkan 63 peratus penyimpan kripto adalah dikalangan lelaki sementara 37 peratus adalah wanita.

Syarikat laman sesawang perbandingan itu juga berkata Bitcoin kekal sebagai token kripto paling popular di kalangan pengguna Malaysia, diikuti Ethereum.

Pakar mata wang kripto di Finder, James Edwards, berkata beliau tidak terkejut melihat penerimaan kripto semakin merosot memandangkan kejatuhan nilai yang begitu ketara sejak Mei tahun ini.

“Kita telah melihat penurunan besar dalam harga Bitcoin pada awal Mei dan Jun, jadi tidak menghairankan untuk melihat penurunan dalam penggunaan kripto sejak akhir tahun lepas,” ujarnya.

Bagaimanapun, Edward menjelaskan bahawa pada pasaran lain seperti Afrika Selatan dan AS, penerimaan pakai kripto kekal stabil atau sedikit meningkat.

Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh pembelian jangka panjang atau pembelian yang dilakukan buat kali pertama, yang mana harga ketika ini dianggap sebagai “diskaun”.

“Mata wang kripto adalah industri yang sangat tidak menentu dan anda tidak sepatutnya melabur wang yang anda tidak mampu untuk kehilangannya,” tegas Edward.

“Anda juga harus memberi perhatian kepada kos dagangan untuk memastikan sebarang keuntungan tidak dinafikan oleh yuran yang perlu anda bayar semasa anda membeli dan menjual,” tambahnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *