iea-oil-1

Pengarah IEA: Harga Minyak AS$100/tong Adalah Ancaman Sebenar Bagi Ekonomi Global

Ketua Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) berkata pada hari ini harga minyak “yang menghampiri AS$100” adalah ancaman sebenar bagi ekonomi global.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan terhadap keputusan OPEC+ untuk mengurangkan pengeluaran pada mesyuaratnya pada 5 Oktober lalu.

Pengarah Eksekutif IEA, Fatih Birol berkata pada masa lalu, negara-negara pengeluar minyak telah bergabung dan mengambil keputusan yang menenangkan pasaran.

Namun keputusan itu mungkin memberi tekanan ke atas inflasi dan melemahkan ekonomi global, kata Birol di luar persidangan iklim COP27 Mesir.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, yang dikenali sebagai OPEC+, memutuskan untuk menurunkan pengeluaran disasarkan sebanyak 2 juta tong sehari (bpd) pada Oktober.

Keputusan pemotongan itu mendapat bantahan yang keras dari Amerika Syarikat dan negara-negara pengeluar yang tidak bergabung bersama di bawah OPEC+.

Mesyuarat antara negara pengeluar OPEC+ yang seterusnya akan berlangsung di Vienna pada 4 Disember ini.

Birol berkata bahawa para pegawai dari negara-negara membangun yang menghadiri persidangan iklim telah menunjukkan isyarat yang kuat bahawa harga minyak yang tinggi memacu tekanan inflasi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *