Pengasas Kripto Terra Akui Kesilapan, Namun Belum Pernah Didakwa

Pengasas Kripto Terra Akui Kesilapan, Namun Belum Pernah Didakwa

Pengasas bersama mata wang kripto Terra yang telah jatuh dan menghapuskan kira-kira AS$40 bilion wang pelabur pada Mei lalu, telah mengakui bahawa di

Pengasas bersama mata wang kripto Terra yang telah jatuh dan menghapuskan kira-kira AS$40 bilion wang pelabur pada Mei lalu, telah mengakui bahawa dia telah ‘silap’, namun belum pernah didakwa.

Kehancuran dramatik stablecoin TerraUSD dan token Luna, yang nilai kedua-duanya turun kepada hampir sifar telah memberi kesan kepada pasaran kripto yang lebih luas dengan kerugian mencecah lebih AS$500 bilion.

Stablecoin direka bentuk untuk mempunyai harga yang agak stabil dan biasanya disandarkan pada komoditi atau mata wang dunia sebenar.

Pihak berkuasa Korea Selatan telah membuka beberapa siasatan jenayah selepas ramai pelabur runcit kehilangan simpanan mereka akibat kejatuhan Luna dan Terra.

Dalam komen awam pertamanya sejak kejatuhan itu, Do Kwon, pengasas Terraform Labs Korea Selatan yang berusia 31 tahun, berkata kepada Coinage, media kripto dari Singapura, bahawa kejatuhan yang berlaku itu adalah “kejam”.

“Saya fikir untuk memulihkan luka, yang terbaik yang boleh saya lakukan adalah dengan hanya berterus terang dengan semua yang berlaku. Akui sahaja bahawa saya silap,” kata Kwon.

Pendakwa raya Korea Selatan bulan lalu menyerbu rumah pengasas bersama Do Kwon, Daniel Shin sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan aktiviti haram di sebalik kejatuhan Terra.

Pihak berkuasa juga telah melarang bekas dan pekerja semasa Terraform Labs daripada meninggalkan negara itu serta menggesa Kwon untuk memaklumkan kepada mereka apabila dia kembali.

Bagaimanapun, Kwon berkata dalam temu bualnya bahawa dia tidak dihubungi oleh pihak pendakwa, dan belum memutuskan sama ada dia akan kembali ke Korea Selatan untuk bekerjasama.

“Agak sukar untuk membuat keputusan itu, kerana kami tidak pernah berhubung dengan pihak penyiasatan,” katanya, sambil menambah: “Mereka tidak pernah mendakwa kami dengan apa-apa.”

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: