Pengasingan Ke Atas Negara China Meningkatkan Risiko Kemelesetan Ekonomi

Pengasingan Ke Atas Negara China Meningkatkan Risiko Kemelesetan Ekonomi

China berhadapan isu pengasingan daripada negara-negara luar menerusi sekatan perjalan dan penerbangan, serta pemindahan sebahagian rakyat oleh keraj

China berhadapan isu pengasingan daripada negara-negara luar menerusi sekatan perjalan dan penerbangan, serta pemindahan sebahagian rakyat oleh kerajaan akibat serangan wabak coronavirus.

Situasi ini telah meningkatkan risiko berlakunya kemelesetan ke atas negara pemilik ekonomi kedua terbersar didunia.

Setiuasaha Perdagangan AS Wilbur Ross pada minggu lalu berkata virus yang melanda akan memaksa syarikat-syarikat untuk mengkaji semula rantaian bekalan mereka dan berpotensi mengembalikan sebahagian pekerjaan ke dalam Amerika Syarikat.

Kenyataan tersebut dikritik oleh Agensi akhbar Xinhua dengan menyifatkan bahawa kenyataan virus akan membawa pulang pekerjaan ke dalam negara (AS) adalah penjelasan yang mementingkan diri, tidak profesional dan tidak beretika.

“Kenyataan tersebut hanya akan mecalar imej AS sebagai pemain utama global” tambah Xinhua.

Xinhua turut menegaskan bahawa wabak tersebut bukanlah satu asas yang sepatutnya dijadikan alasan oleh syarikat multinasional untuk melakukan keputusan pelaburan jangka masa panjang di China kerana jika ekonomi China meleset secara drastik, ekonomi AS juga akan menerima akibatnya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: