Pengedar Kenderaan Dijangka Gulung Tikar Jika Operasi Disekat Hingga Oktober

Pengedar Kenderaan Dijangka Gulung Tikar Jika Operasi Disekat Hingga Oktober

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah menerima banyak aduan daripada pengedar k

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah menerima banyak aduan daripada pengedar kecil bahawa mereka tidak lagi mampu bertahan dari segi aliran tunai ketika ini.

“Jika situasi ini terus berlanjutan untuk tempoh sebulan lagi dan pengedar masih tidak dibenarkan beroperasi, banyak pengedar yang akan menutup perniagaan dan memberhentikan pekerja mereka.” ujar beliau.

Malah, Aishah juga berkata pengedar-pengedar besar turut terjejas dan hanya mampu bertahan sehingga Oktober jika sektor automotif terus ditutup. Hal ini termasuk mereka yang terbabit dalam jualan motorsikal dan komponen serta alat ganti kereta,

Beliau berkata demikian dalam satu taklimat media maya, membentangkan prestasi sektor automotif negara bagi 1H21 di samping menyuarakan kepentingan untuk operasi pemasangan dan jualan kenderaan dibuka dengan SOP yang ketat walaupun dengan kapasiti yang kecil.

Mengulas tentang isu kekurangan cip, Aishah berkata banyak jenama telah terkesan dan sebahagiannya mengalami gangguan yang lebih buruk.

Katanya, jika dalam tempoh tiga, empat bulan masalah kekurangan cip ini masih berlaku, ia boleh menjejaskan jualan kenderaan dalam negara untuk tahun ini.

“Kita berharap situasi ini akan bertambah lebih baik pada suku ketiga ini. Masalah ini sememangnya berlaku di Malaysia dan juga global,” jelas beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: