Pengeluaran Minyak Arab Saudi Pulih Sepenuhnya, Pasaran Minyak Rekodkan Kerugian Mingguan Terbesar Sejak Dua Tahun Setengah Yang Lalu

Pengeluaran Minyak Arab Saudi Pulih Sepenuhnya, Pasaran Minyak Rekodkan Kerugian Mingguan Terbesar Sejak Dua Tahun Setengah Yang Lalu

Pasaran minyak terus merosot pada hari Jumaat, bakal menutup harga di paras terendah mingguan selepas Arab Saudi mengumumkan bahawa gangguan pengelua

Pasaran minyak terus merosot pada hari Jumaat, bakal menutup harga di paras terendah mingguan selepas Arab Saudi mengumumkan bahawa gangguan pengeluaran minyak mereka akibat serangan drone dua minggu lalu telah pulih sepenuhnya.

Sehingga jam 7.10 malam, kontrak futures minyak WTI susut 63 sen kepada $55.78 per tong, sementara kontrak minyak antarabangsa Brent jatuh 93 sen kepada $61.82 setong.

Sejak serangan dua minggu yang lalu, harga minyak telah melonjak sekitar 20%, namun begitu kemerosotan hampir 6% pada pada minggu ini telah mengurangkan sebahagian besar daripada peningkatan tersebut, dan turut merekod kerugian mingguan terbesar sejak dua tahun setengah yang lalu.

Arab Saudi pada hari ini telah mengumumkan bahawa 5% pengeluaran minyak mereka yang telah mengalami gangguan sejak serangan 14 September yang lalu kini telah pulih sepenuhnya, sekali gus menekan harga dan melemahkan spekulasi yang menjangkakan tempoh pemulihan output yang lebih lama.

Selain pemulihan di atas, kebimbangan ke atas perkembangan politik di AS dengan ‘impeachment inquiry’ yang dikenakan ke atas Trump turut memberi tekanan kepada pasaran futures.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: