Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell Bakal Dipecat?

Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell Bakal Dipecat?

Presiden AS Donald Trump telah mengrikitik tindakan Federal Reserve menaikkan kos pinjaman sepanjang tahun ini, terutamanya apabila saham dan hasil bo

Presiden AS Donald Trump telah mengrikitik tindakan Federal Reserve menaikkan kos pinjaman sepanjang tahun ini, terutamanya apabila saham dan hasil bon kerajaan AS telah jatuh dan berpotensi menuju ke arah kemelesetan.

Berdasarkan laporan Reuters, Trump dikatakan secara peribadi telah berbincang mengenai kemungkinan memecat Jerome Powell daripada jawatan Pengerusi Federal Reserve yang telah disandang sejak bulan Februari 2018 yang lalu.

Spekulasi pemecatan ini juga telah menguat sejak bulan November sebelum Fed menaikkan kadar faedah buat kali terakhir bagi tahun 2018 pada bulan ini.

Namun Larry Kudlow, penasihat utama ekonomi Trump berkata Presiden tidak mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatan Powell sebagai pengerusi Fed.

Powell sebagai pegawai tertinggi di dalam bank pusat telah ditohmah oleh Trump beberapa kali menerusi temuramah mahupun laman sosial atas tindakan beliau terus menaikkan kadar faedah.

Walau bagaimanapun, isu pemecatan ini dinafikan oleh Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin menerusi laman Twitter dan mengatakan bahawa Trump tidak pernah mencadangkan pemecatan Powell dan percaya bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya.

Kenyataan Mnuchin ini turut dikuatkan oleh komen Ketua Kakitangan White House, Mick Mulvaney pada hari Ahad menerusi wawancara bersama ABC “This Week” yang mengatakan bahawa Trump tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Ketika menjawab persoalan wartawan, Mulvaney menjelaskan bahawa beliau telah bercakap dengan Mnuchin tentang beberapa perkara termasuk isu penutupan kerajaan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: