Pengerusi PNB: Objektif Tingkatkan Portfolio Pelaburan Luar Negara Kekal

Pengerusi PNB: Objektif Tingkatkan Portfolio Pelaburan Luar Negara Kekal

Permodalan Nasional Berhad (PNB) melancarkan Minggu Saham Digital (MSD) sejak 18 November dan akan berakhir pada 24 November. Karnival digital itu

Permodalan Nasional Berhad (PNB) melancarkan Minggu Saham Digital (MSD) sejak 18 November dan akan berakhir pada 24 November.

Karnival digital itu dirasmikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Presiden dan CEO Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn semelam.

Tan Sri Dr Zeti Aziz dalam sidang akhbar sempena pelancaran MSD semalam menyebutkan bahawa terdapatnya pengeluaran saham amanah oleh pemegang unit ketika penularan Covid-19, namun jumlah masih terkawal dan stabil.

PNB juga dilaporkan akan terus meningkatkan portfolio pelaburan ke luar negara dengan penilaian yang ketat yang mana merupakan sebahagian objektif kumpulan itu untuk mempelbagaikan pelaburan.

“Kita akan mengambil kira keadaan pasaran yang tidak menentu, prospek melibatkan pelaburan serta sektor industri yang terpilih”, jelas Zeti.

CEO PNB, Ahmad Zulqarnain pula menyebutkan walaupun ekonomi sedang meruncing, namun PNB belum melihat sebarang perubahan pada trend pelaburan.

Pada Mei lalu, kadar pelaburan PNB di luar negara berada sekitar paras 8.5% dan dijangka untuk meningkatkannya sehingga 30% menjelang 2022.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: