Pengesahan Jawatan Powell Bakal Menentukan Nasib USD

Pengesahan Jawatan Powell Bakal Menentukan Nasib USD

Pasaran menjangkakan senat akan mengesahkan pelantikan Jerome Powell sebagai pengerusi Fed tahun hadapan malam ini. Namun yang menjadi persoalan adaka

Pasaran menjangkakan senat akan mengesahkan pelantikan Jerome Powell sebagai pengerusi Fed tahun hadapan malam ini. Namun yang menjadi persoalan adakah Powell akan terus mengikuti jejak langkah Yellen mentadbir Federal Reserve.

Yellen bakal melepaskan jawatan beliau sebagai pengerusi bermula Februari 2018 dan beliau dilihat sebagai seorang yang lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan rate hike.

Selain itu beliau sentiasa mengemukakan pandangan bank pusat secara telus dan menyokong perlaksanaan peraturan bank yang lebih ketat selepas krisis kewangan 2008.

Jerome Powell pula sentiasa bersikap nuetral dalam memberi pandangan dan reputasi ini dibina sejak 5 tahun bersama dengan bank pusat di bawah pimpinan Yellen mahupun Ben Bernanke.

Oleh itu pasaran ingin melihat sama ada Powell sebagai pengerusi akan mula mempercepatkan lagi tempoh untuk rate hike seterusnya atau tidak.

Hal ini kerana pasaran bimbang dengan risiko berlakunya lonjakan inflasi secara tiba-tiba atau gelembung dalam aset, saham dan harga rumah jika Fed terus mengekalkan kadar yang rendah dalam keadaan ekonomi akan kembali pulih sepenuhnya

Namun pergerakan inflasi yang kekal perlahan menyebabkan isu ini semakin kerap dibangkitkan oleh pembuat dasar sejak program pengurangan QE mula dijalankan.

Oleh itu, adakah isu ini akan menjadi penghalang kepada Powell untuk rate hike sekurang-kurangnya pada awal tahun 2018?. Fed tidak akan mengikuti dot plot pada tahun 2018 dengan kadar mungkin akan dinaikkan sekali atau dua kali.

Walau bagaimanapun, teks kenyataan Powell dijangka tidak akan memberi kesan besar kepada pergerakan dolar berikutan pasaran perlu menunggu pendekatan dasar yang akan beliau bawa selepas mula menjalankan tugas sebagai pengeruasi pada Februari 2018.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: