twitter-bird

Pengguna Twitter Lapor Ralat, Gangguan Dari New York ke Tokyo

Twitter Inc telah memulihkan perkhidmatan beberapa jam selepas beribu-ribu pengguna di seluruh dunia melaporkan gangguan dan isu lain.

Gangguan ini menjadi satu satu isu paling ketara sejak pengambilalihan Twitter oleh Elon Musk sehingga mencetuskan kehilangan tiga perempat daripada tenaga kerjanya.

Data daripada Downdetector menunjukkan, lebih daripada 9,000 pengguna pada satu waktu melaporkan masalah mengakses perkhidmatan.

Pengguna dari San Francisco sehingga ke Tokyo dan Hong Kong berkata mereka mengalami masalah log masuk ke akaun mereka atau menghadapi pelbagai mesej ralat pada awal Khamis di Asia.

Bilangan gangguan yang dilaporkan kepada Downdetector berkurangan kepada hanya segelintir menjelang tengah hari.

Pembuangan pekerja sejak pengambilalihan Musk telah menimbulkan kebimbangan sama ada Twitter boleh mengekalkan operasinya dan mengawal kandungannya.

Gangguan terbaharu melanda selepas sebilangan besar pekerja menolak kata putus yang diumum oleh Musk pada November lalu sama ada mereka perlu komited dengan persekitaran kerja baharu atau meninggalkan syarikat itu.

Musk berkata bulan ini dia akan meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif sebaik sahaja dia mendapat pengganti, dengan penekanan bahawa beliau akan tetap mengetuai pasukan perisian dan pelayan utama.

Selepas gangguan reda, Musk berkata Twitter telah melancarkan perubahan pada seni bina pelayannya. “Twitter sepatutnya berasa lebih pantas,” ujarnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *