Hari ini sepanjang pasaran Asia dan separuh masa pasaran Eropah, Dolar Amerika mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dunia berikutan harapan
Hari ini sepanjang pasaran Asia dan separuh masa pasaran Eropah, Dolar Amerika mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dunia berikutan harapan baru minima satu lagi kenaikan kadar faedah.
Pasangan mata wang EURUSD susut 0.26% kepada paras terendah 1.1270 iaitu paras terendah empat hari. Khamis lalu, Presiden San Francisco Federal Reserve Bank, John Williams memberi gambaran sokongan beliau terhadap kenaikan lagi kadar faedah seawal bulan September.
Jika dilihat sepanjang tahun ini, momentum pengukuhan ekonomi negara Uncle Sam dapat dilihat secara momentum yang sederhana baik. US satu-satunya negara yang sedang mengamalkan polisi ekonomi dalam status ‘tightening policy’.
Hanya Pound Sterling sahaja kelihatan lebih kuat hari ini berbanding Dolar Amerika dengan pengukuhan 0.26% didagangkan pada paras 1.3107
USDJPY meningkat 0.44% kepada harga tertinggi harian 100.65 manakala USDCHF mengukuh 0.3% kepada 0.9631
Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang
COMMENTS