Penghindaran Risiko Tingkatkan Permintaan Safe Haven Yen

Penghindaran Risiko Tingkatkan Permintaan Safe Haven Yen

Penghindaran risiko kembali meningkatkan permintaan mata wang safe haven sehingga menekan USD/JPY jatuh ke paras 109.71 semalam susulan kemerosotan s

Penghindaran risiko kembali meningkatkan permintaan mata wang safe haven sehingga menekan USD/JPY jatuh ke paras 109.71 semalam susulan kemerosotan saham dan hasil bon AS serta peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Kejatuhan hasil bon 10-tahun AS ke paras terendah Januari sekitar 1.25% dipandu oleh data-data yang menunjukkan kemungkinan pemulihan di AS adalah lebih lemah daripada yang dijangkakan.

Tuntutan insurans pengangguran meningkat diluar jangkaan, aktiviti sektor perkhidmatan yang lebih lemah dan kebimbangan terhadap varian COVID delta telah menyebabkan para pelabur meragui pandangan hawkish Fed walaupun dilapor akan mengecilkan program pembelian bon tidak lama lagi.

Permintaan turut melemah berikutan sokongan bantuan kepada para penganggur bakal tamat pada September ini.

Sementara itu, Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga telah mengisytiharkan darurat bagi Tokyo di tengah-tengah penularan baru koronvarius.

Langkah ini akan berlangsung hingga 22 Ogos, dan Olimpik Tokyo akan diadakan tanpa kehadiran orang ramai.

Selain itu, BoJ dilaporkan akan mengurangkan unjuran pertumbuhan untuk tahun ini akibat daripada sekatan berkaitan Covid.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: