Penguduran Dollar, Buka Peluang USD/JPY Menguji Semula Support ¥111.00

Penguduran Dollar, Buka Peluang USD/JPY Menguji Semula Support ¥111.00

Gelombang baru risk-on telah menekan permintaan safe haven Yen pada hari Selasa lalu. Tambahan pula, peningkatan hasil bon AS turut membantu pasangan

Gelombang baru risk-on telah menekan permintaan safe haven Yen pada hari Selasa lalu. Tambahan pula, peningkatan hasil bon AS turut membantu pasangan matawang ini naik melebihi paras 111.40.

Namun begitu, peningkatan tersebut walau bagaimanapun kurang mendapat sambutan apabila USD/JPY dilihat kekal di dagang sekitar sekitar pertengahan harga 111.00 sepanjang sesi Asia yang lalu.

Kini USD/JPY telah jatuh ke paras support 111.00 selepas bertemu zon supply yang baru pada pembukaan sesi pasaran Eropah.

Salah satu faktor utama yang menekan jatuh matawang ini adalah pengukuhan dollar yang terhad selepas Yuan China dilihat semakin stabil walaupun berada di tengah-tengah konflik perdagangan.

Tanpa data-data ekonomi utama, dinamik pergerakan USD akan terus menjadi pemandu utama kepada USD/JPY. Oleh itu pasaran akan melihat sama ada kedudukan di atas garisan trend support dapat menarik pembeli yang baru atau momentum bearish akan terus menarik jatuh USD/JPY ke paras yang lebih rendah.

USD/JPY berpotensi naik semula ke paras 112.14 sekiranya jurang perbezaan hasil bon AS-Jepun mengembang.

Namun penutupan di bawah moving average 50-hari sekitar harga 110.85 akan mengesahkan perubahan trend kepada bearish dan berisiko untuk jatuh ke paras 109.56

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: