Pengukuhan PMI UK Mendorong Bullish ‘Spike’ GBP/JPY & GBP/USD

Pengukuhan PMI UK Mendorong Bullish ‘Spike’ GBP/JPY & GBP/USD

Pound terus mengukuh berbanding kesemua matawang pada sesi dagangan Eropah hari Selasa dengan GBP/JPY melonjak ke paras 146.89 naik 70 pips manakala G

Pound terus mengukuh berbanding kesemua matawang pada sesi dagangan Eropah hari Selasa dengan GBP/JPY melonjak ke paras 146.89 naik 70 pips manakala GBP/USD meningkat kepada harga 1.3384, naik 70 pips setakat jam 6.20 petang.

Peningkatan ini didorong oleh bacaan indeks PMI Perkhidmatan UK bagi bulan Mei yang naik melebihi ramalan 53.0 mata kepada 54.0 mata. Bacaan ini turut selari dengan laporan positif PMI Pembuatan dan Pembinaan yang telah dikeluarkan pada awal bulan yang lalu.

Selain itu, pergerakan bullish ini turut didorong oleh pembelian harga di paras support teknikal. Dengan bantuan ketiga-tiga data PMI UK terkini yang lebih baik, setiap sektor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi UK dilihat akan terus berkembang dengan lebih pesat.

Perkara ini telah menambah baik sentimen risiko di dalam pasaran, meningkatkan permintaan pound serta mengalakkan lagi pemulihan GBP yang telah jatuh ke paras terendah pada bulan Mei yang lalu.

Angka PMI ini turut mengukuhkan prospek rate hike pada bulan Ogos. Namun berapakah jumlah rate hike yang akan dilaksanakan pada tahun ini masih menjadi perdebatan berikutan peningkatan harga minyak, kadar pendapatan yang sekata dan ketidaktentuan Brexit masih menjadi ancaman utama kepada ekonomi UK.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: