Peningkatan EUR/USD, ‘Correction’ Atau Tamatnya Trend Bearish?

Peningkatan EUR/USD, ‘Correction’ Atau Tamatnya Trend Bearish?

Pemulihan euro pada sesi yang lalu menutup kembali kerugian berbanding dollar yang direkodkan pada hari Selasa didorong oleh isu politik Itali semakin

Pemulihan euro pada sesi yang lalu menutup kembali kerugian berbanding dollar yang direkodkan pada hari Selasa didorong oleh isu politik Itali semakin reda dengan kemungkinan kerajaan campuran di Itali dapat dibentuk, data jualan runcit Jerman yang naik melebihi ramalan serta laporan KDNK Q1 dan ADP NFP AS yang melemahkan USD.

Fokus pasaran hari ini beralih kepada bacaan indeks harga pengguna (CPI) Zon Eropah yang akan dikeluarkan pada jam 5 petang berikutan ianya menjadi rujukan penting kepada bank pusat Eropah (ECB) untuk menyimpulkan kitaran pelonggaran mereka pada tahun 2018.

Program pelonggaran kuantitatif (QE) bakal tamat pada bulan September, oleh itu Presiden Draghi dan ahli ECB yang lain dijangka akan mula mengurangkan nada dovish dalam kenyataan mereka menjelang keputusan tersebut.

ECB walau bagaimanapun dilihat tidak akan tergesa-gesa untuk keluar daripada dasar kadar faedah kosong berikutan indikator inflasi yang menjadi rujukan masih lemah dan belum menunjukkan tanda-tanda dapat mengekalkan trend menaik.

Kurangnya keperluan untuk meningkatkan kos pinjaman mungkin akan menekan euro sepanjang tahun ini. Oleh itu, price action EUR/USD yang berjaya keluar daripada paras terendah 10-bulan lalu dilihat sebagai satu bentuk correction dengan harga 1.1685-1.1700 kini menjadi zon resistance paling signifikan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: