Peningkatan GBP/USD Terhenti, May Diberikan Tiga Hari Untuk Membentangkan Pelan Alternatif Yang Baru

Peningkatan GBP/USD Terhenti, May Diberikan Tiga Hari Untuk Membentangkan Pelan Alternatif Yang Baru

GBP/USD masih didagang naik dan turun di atas pertengahan 1.2700, berundur selepas bertemu paras kritikal 1.2800, dengan isu Brexit terus menjadi tump

GBP/USD masih didagang naik dan turun di atas pertengahan 1.2700, berundur selepas bertemu paras kritikal 1.2800, dengan isu Brexit terus menjadi tumpuan dan ‘dovish’ FOMC telah mengaburi sentimen dollar pada hari Khamis.

Berkenaan undian Brexit parlimen UK yang bakal berlangsung 15 Januari, sekiranya pelan Brexit May digagalkan, kerajaan diberikan tempoh 3 hari untuk membentangkan pelan alternatif supaya mendapat satu penyelesaian yang segara sebelum ‘hard-Brexit’ benar-benar berlaku pada 29 Mac.

Jurucakap kerajaan berkata jika syarat perjanjian Brexit ditolak, mereka sentiasa merancang untuk memberikan kepastian pada kadar yang segera, namun sehingga kini belum ada prospek yang dapat menjelaskan kepastikan tersebut.

Tambahan pula, PM May berkata bahawa Parlimen perlu mengundi untuk melaksanakan backstop, namun kelulusan terakhir berada di tangan EU.

Price-in pasaran terhadap penolakan tersebut hampir penuh dan GBP/USD berjaya untuk kekal di atas 1.2700 didorong oleh kelemahan dollar.

Secara teknikal, disebabkan oleh ketidaktentuan Brexit, GBP/USD sukar untuk meneruskan peningkatan melebihi paras 1.2800.

Support terhampir kini berada di paras 1.2755 (S1), kemudian di paras 1.2720 (S2) dan 1.2680, manakala resistance pula berada di paras 1.2815 (R1), 1.2850 (R2) dan 1.2895 (R3).

Bagi dangangan jangka masa pendek, support penting yang berada pada harga 1.2720 akan terus membantu mengekalkan momentum bullish pasangan matawang ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: