Secara keseluruhan, jumlah pengeluaran minyak mentah ke dalam pasaran telah berkurangan sebanyak 31.895 juta tong sehari menyaksikan kepatuhan kepada
Secara keseluruhan, jumlah pengeluaran minyak mentah ke dalam pasaran telah berkurangan sebanyak 31.895 juta tong sehari menyaksikan kepatuhan kepada pemotongan pengeluaran minyak daripada OPEC menjangkau kepada 102% pada bulan April.
Iraq dan Venezuela memotong 20,000 tong sehari menjadikan pengeluaran mereka merosot kepada 4.41 juta tong dan 1.98 juta tong masing-masing sehari. Pengeluaran di Libya pula berkurangan sebanyak 70,000 tong sehari selepas penutupan lombong utama mereka. Nigeria pula mengalami peningkatan dalam pengeluaran mereka sebanyak 50,000 tong sehari namun kedua-dua negara ini dikecualikan oleh OPEC daripada pemotongan.
Minggu lepas, walaupun stok simpanan minyak AS yang dilaporkan oleh EIA merosot, namun harga minyak tidak mampu untuk diperbaiki ekoran daripada penggalian berterusan minyak oleh AS. Minggu ini pula, dijangkakan akan berlaku sedikit pertambahan pada stok simpanan minyak AS di dalam laporan mingguan EIA pada malam nanti.
Namun, secara dasarnya, pandangan minyak masih boleh dikatakan positif, apabila rata-rata merasakan usaha pemotongan minyak oleh OPEC dan negara-negara bukan OPEC seperti Russia akan diteruskan melepasi Jun dan pasaran mula ‘kekeringan’ dengan bekalan minyak. Di saat musim panas yang akan tiba nanti, permintaan terhadap minyak akan meningkat lantas seiring dengan optimistik peningkatan harga pasaran minyak dalam masa terdekat ini.
Harga jualan runcit petrol sepanjang minggu lepas sehingga semalam, mengikut MOPS, jatuh keparas $63.5 setong. Dengan Ringgit mengukuh berbanding Dollar, dijangkakan harga minyak petrol RON95 dan RON97 akan turun sebanyak 16-17 sen seliter pada tengah malam nanti.
Minggu lepas harga minyak bagi RON95 di pam adalah RM2.21 manakala RON97 pula RM 2.49 seliter.
COMMENTS