Peningkatan Output Minyak Di Libya Tidak Akan Menganggu Proses Pemulihan – Goldman Sachs

Peningkatan Output Minyak Di Libya Tidak Akan Menganggu Proses Pemulihan – Goldman Sachs

Syarikat Minyak Negara Libya (NOC) dalam satu kenyataan berkata mereka menjangkakan pengeluaran minyak akan meningkat kepada 260,000 tong minyak seha

Syarikat Minyak Negara Libya (NOC) dalam satu kenyataan berkata mereka menjangkakan pengeluaran minyak akan meningkat kepada 260,000 tong minyak sehari (bpd) pada minggu hadapan bagi memulihkan semula industri yang telah merosot akibat peperangan dan pergolakan.

Harga minyak menjunam 5% pada hari Isnin yang mana sebahagiannya berpunca daripada propsek permintaan minyak yang lemah dengan meningkatkanya pengeluaran di Libya serta risiko daripada gelombang kedua Covid-19 yang sedang melanda sebahagian besar negara.

NOC juga mengatakan bahawa mereka sedang meneruskan persiapan bagi eksport dari “pelabuhan yang selamat” dengan sejumlah kapal tangki minyak yang dijangka akan tiba bermula hari Rabu, bagi memuatkan minyak mentah ke dalam simpanan dalam tempoh 72 jam.

Goldman Sachs berpandangan bahawa isu pengeluaran di Libya tidak akan menganggu proses pemulihan pasaran minyak berikutan risiko peningkatan tersebut berpotensi ditutupi oleh kadar pematuhan had pemotongan minyak di kalangan ahli OPEC.

“Kami melihat risiko logistik dan politik ke atas peningkatan pengeluaran yang cepat dan berterusan,” kata Goldman di samping menjangkakan peningkatan 400,000 barel minyak sehari di Libya menjelang Disember.

Selain itu, OPEC dan sekutu mereka yang diketuai oleh Rusia juga dilaporkan sedang memerhati dengan teliti perkembangan di Libya untuk melihat apakah kembalinya mereka ke dalam pasaran mampu bertahan atau sebaliknya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: