Pentas ‘Trade Talk’ AS-China Seterusnya Kini Dalam Perbincangan, Ketepikan Isu Penangkapan CFO Huawei

Pentas ‘Trade Talk’ AS-China Seterusnya Kini Dalam Perbincangan, Ketepikan Isu Penangkapan CFO Huawei

Menerusi laporan Reuters, Timbalan PM China Liu He, Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin dan wakil perdagangan AS Robert Lighthizer dilaporkan

Menerusi laporan Reuters, Timbalan PM China Liu He, Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin dan wakil perdagangan AS Robert Lighthizer dilaporkan sedang berbincang mengenai laluan rundingan perdagangan yang seterusnya melalui panggilan telefon.

Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping bersetuju menangguhkan rancangan mereka untuk menambahkan tarif AS ke atas barangan China yang bernilai $200 billion daripada 10% kepada 25% pada 1 Januari.

Namun Lighthizer pada hari Ahad lalu berkata jika rundingan antara AS-China sehingga 1 Mac berakhir dengan kegagalan, tarif ‘baru’ akan dilaksanakan, menjelaskan bahawa terdapatnya penetapan tarikh akhir (deadline).

Menteri perdagangan China di dalam kenyataan menyebut bahawa Liu telah menghubungi dan berbincangan dengan Mnuchin dan Lighthizer pada hari Selasa waktu Beijing melalui panggilan telefon yang telah diaturkan.

“Kedua-dua pihak telah saling bertukar pandangan untuk menguatkuasakan perjanjian yang disepakati oleh China-AS pada pertemuan ketua negara yang lalu, dan sedang berusaha untuk menguruskan jadual dan roadmap untuk pentas rundingan ekonomi dan perdagangan yang seterusnya”.

Jurucakap Perbendaharaan AS telah mengesahkan panggilan Liu namun tidak mengulas lebih lanjut, sementara jabatan Wakil Perdagangan AS masih belum memberi maklum balas terhadap perkara tersebut.

Berkata Ahli Majlis Negeri Wang Yi, diplomat tertinggi negara China di sebuah rancangan television di sana, kerjasama antara China dan AS akan memberi manfaat yang banyak kepada seluruh dunia.

Laporan di atas dilihat mengurangkan kebimbangan pelabur terhadap isu penangkapan CFO Huawei di Kanada berikutan kedua-dua negara dilihat masih dapat menggunakan sebaik-baiknya tempoh 90 hari untuk menyelesaikan konflik perdagangan antara mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: