Penurunan Mendadak Bekalan Minyak AS Mendorong Peningkatan Harga, Mesyuarat OPEC Kini Jadi Tumpuan

Penurunan Mendadak Bekalan Minyak AS Mendorong Peningkatan Harga, Mesyuarat OPEC Kini Jadi Tumpuan

Harga minyak meningkat pada hari Rabu mengikut penurunan mendadak bekalan minyak mentah AS yang diterbitkan oleh API semalam di samping menantikan ke

Harga minyak meningkat pada hari Rabu mengikut penurunan mendadak bekalan minyak mentah AS yang diterbitkan oleh API semalam di samping menantikan keputusan mesyuarat OPEC dan sekutunya pada hari ini.

Futures minyak Brent sehingga jam 2.20 petang, naik 19 sen atau 0.44% kepada $43.07 setong manakala minyak WTI pula naik 16 sen kepada $40.44 setong.

Data bekalan API tersebut mencerminkan pemulihan permintaan minyak mentah walaupun masih ditimpa isu wabak, menurun sebanyak 8.3 juta tong pada minggu lalu, melepasi jangkaan yang melihat penyusutan sekitar 2.1 juta tong.

“Angka API yang dikeluarkan semalam, telah memberikan sokongan kepada pasaran (minyak) pada awal pagi hari ini,” kata ING Economics dalam nota mereka.

Selain daripada angka bekalan rasmi minyak mentah AS oleh EIA, fokus pasaran juga tertumpu kepada laporan mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bersama Menteri (JMMC) OPEC yang akan berlangsung pada hari ini.

“Pasaran sedang menantikan apakah pemotongan yang lebih dalam akan dilanjutkan selama satu bulan, atau apakah mereka akan terus mengikuti rencana awal yang telah ditetapkan dan mula mengecilkan pemotongan,” jelas ING Economics.

OPEC dan sekutu mereka termasuk Rusia (OPEC+) akan memutuskan sama ada akan terus melanjutkan jumlah pemotongan output sebanyak 9.7 juta tong sehari (bpd) atau akan mengecilkannya kepada 7.7 juta bpd.

Pada bulan Jun, OPEC dan sekutunya telah mencapai kadar kepatuhan sebanyak 107% terhadap pemotongan pengeluaran minyak yang dipersetujui, kata sumber OPEC+ pada hari Selasa.

“Harga minyak berkemungkinan akan terus diperdagangkan sekitar $ 40, dengan pasaran akan memerhatikan keputusan JMMC pada hari ini,” kata Kim Kwang-rae, penganalisis komoditi Samsung Securities di Seoul.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: