Penutupan Kerajaan AS Berpotensi Dilanjutkan Sehingga Januari 2019

Penutupan Kerajaan AS Berpotensi Dilanjutkan Sehingga Januari 2019

Fokus pasaran menjelang penutupan pasaran pada hari esok tertumpu kepada perkembangan di White House selepas 'bill' belanjawan baru yang dibentang ole

Fokus pasaran menjelang penutupan pasaran pada hari esok tertumpu kepada perkembangan di White House selepas ‘bill’ belanjawan baru yang dibentang oleh Trump pada hari Sabtu lalu ditentang di dalam kongres.

Kegagalan Trump mendapatkan persetujuan mengakibat penutupan sebahagian kerajaan AS sejak keputusan tersebut diumumkan pada hari Sabtu lalu.

Pengarah belanjawan yang juga merangkap Ketua Kakitangan White House pada hari Ahad yang lalu berkata tempoh penutupan berpotensi dilanjutkan sehingga persidangan kongres seterusnya pada 3 Januari hadapan.

Muck Mulvaney menerusi Fox News Sunday berkata, “Penutupan kerajaan sangat berpotensi untuk dilanjutkan melepasi tarikh 28 Disember dan sehingga persidangan kongres yang baru”.

“Saya tidak melihat perkara ini dapat diselesaikan dengan cepat pada beberapa hari mendatang kerana sambutan hari Krismas”, tambah beliau.

Senat AS ditangguhkan pada hari Sabtu tanpa meluluskan tuntutan Trump untuk mendapatkan dana bagi pembinaan tembok sempadan.

Pembinaan dinding sempandan sepanjang Mexico dengan tujuan mengekang daripada kemasukan pendatang asing secara haram merupakan isu utama dalam kempen presiden Trump yang lalu, namun Parti Demokrat tegas menetang dan menolak permohonan pembiayaan sebanyak $5 billion dollar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: