Penutupan Kerajaan AS Memasuki Hari Ke-33, Pembayaran Kepada 800,000 Pekerja Kerajaan AS Terus Tertangguh

Penutupan Kerajaan AS Memasuki Hari Ke-33, Pembayaran Kepada 800,000 Pekerja Kerajaan AS Terus Tertangguh

Masih belum terdapat tanda pembayaran kepada 800,000 pekerja kerajaan AS akan dilepaskan berikutan penutupan sebahagian agensi kerajaan masih berhada

Masih belum terdapat tanda pembayaran kepada 800,000 pekerja kerajaan AS akan dilepaskan berikutan penutupan sebahagian agensi kerajaan masih berhadapan undian

Ketua Senat daripada parti Republik Mitch McConnell berkata beliau merancang untuk mengadakan undian pada hari Khamis terhadap cadangan Demokrat untuk mendanai kerajaan selama tiga minggu.

Akan tetapi, cadangan tersebut tidak memasukkan dana $5.7 billion yang dipohon oleh Trump bagi tujuan pembinaan tembok sempadan AS-Mexico.

Usaha ini dilihat sia-sia kerana dewan Rakyat telah meluluskan ‘bill’ yang hampir sama, namun Trump menolak pindaan tersebut kerana tidak memasukkan dana pembinaan tembok.

McConnell sebelum ini bertegas tidak akan membentangkan ‘bill’ yang tidak akan ditandatangani oleh presiden.

Oleh itu, beliau turut merancang untuk mengadakan undian bagi mendapatkan pembiaan pembinaan tembok serta pelepasan kepada ‘Dreamers’, mereka yang dibawa secara haram ke dalam AS sebagai kanak-kanak seperti yang dinyatakan oleh Trump pada hari Sabtu yang lalu.

Ketua-ketua Demokratik walau bagaimanapun dilihat tidak mahu berbincangan mengenai isu keselamatan sempadan sebelum kerajaan dibuka semula.

Mereka berpandangan bahawa menukarkan pelindungan sementara kepada imigran daripada dibawa pulang dengan tembok sempadan yang kekal adalah tidak efektif.

Penutupan kerajaan yang memasuki hari ke-33 dan yang terpanjang dalam sejarah telah mengakibatkan beratus ribu pekerja kerajaan yang terpaksa dicutikan atau berkerja tanpa gaji berhadapan kesukaran memenuhi keperluan harian mereka.

Persatuan Ejen FBI berkata pada hari Selasa siasatan terhadap jenayah kewangan, dadah dan kegaganasan terpaksa dihentikan berikutan kekurangan dana.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: