Penutupan Kerajaan AS Telah Masuk Hari Keenam, Tiada Kemajuan Positif Yang Dapat Memulihkan Sentimen

Penutupan Kerajaan AS Telah Masuk Hari Keenam, Tiada Kemajuan Positif Yang Dapat Memulihkan Sentimen

Para pelabur masih menantikan penyelesaian daripada penutupan sebahagian agensi kerajaan AS selepas Trump gagal mendapatkan persetujuan di Kongres ata

Para pelabur masih menantikan penyelesaian daripada penutupan sebahagian agensi kerajaan AS selepas Trump gagal mendapatkan persetujuan di Kongres atas permohonan $5 billion dollar bagi mendanai pembinaan tembok sempadan AS-Mexico.

Trump pada hari Rabu lalu, dalam sesi pertemuan bersama tentera AS yang ditempatkan di Al Asad Air Iraq, menegaskan bahawa keselamatan di sempadan diperlukan dan isu ini merupakan tuntutan rakyat Amerika.

Beliau juga mengatakan akan melanjutkan penutupan untuk tempoh yang lebih lama sehingga permintaan dana $5 billion tersebut diluluskan.

Majoriti dewan Rakyat bakal dikuasai Demokrat pada 3 Januari hadapan namun pertemuan Senat yang bersambung pada hari ini masih belum dapat menetapkan tarikh penyelesaian yang jelas.

Ketua Demokrat Nancy Pelosi dijangka menjadi speaker dewan dan telah berjanji akan meluluskan bill perbelanjaan baru yang tidak memasukkan pendanaan tembok sempadan bagi membuka semula sebahagian pentadbiran kerajaan yang terpaksa ditutup.

Para pelabur bimbangan dengan situasi di Amerika dengan ketidaktentuan daripada konflik yang sedang melanda politik dan pentadbiran AS.

Sehingga jam 11.20 malam dan dengan penutupan kerajaan AS telah memasuki hari keenam, dollar dan saham Wall Street kembali dilepaskan, jatuh ke zon merah dengan indeks USD yang mengukur kekuatan greenback kini didagang sekitar 96.60, susut -0.46%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: