Penyelesaian Brexit Masih Dalam Pencarian Menjelang Keputusan Dasar BoE

Penyelesaian Brexit Masih Dalam Pencarian Menjelang Keputusan Dasar BoE

Perdana Menteri UK Theresa May telah melancarkan satu insiatif baru bagi mempertahan dan mendapatkan perjanjian Brexit bersama Brussels sebelum UK ke

Perdana Menteri UK Theresa May telah melancarkan satu insiatif baru bagi mempertahan dan mendapatkan perjanjian Brexit bersama Brussels sebelum UK keluar sepenuhnya daripada Kesatuan Eropah dalam tempoh berbaki 53 hari lagi.

Menurut kenyataan media May, satu kumpulan yang dikenali sebagai ‘Alternative Arrangements Working Group (AAWG)’ dibentuk dan akan bertemu buat pertama kali pada hari ini bagi berbincang mengenai kaedah terbaru untuk membawa Brexit maju kehadapan.

Setiausaha Brexit UK, Steve Barclay akan mempengerusikan pertemuan AWWG yang terdiri daripada pembuat dasar pro-Brexit dan juga pro-Konservatif Eropah.

Dengan berbaki kurang daripada dua bulan sehingga UK keluar sepenuhnya daripada EU pada 29 Mac hadapan, risiko berlakunya ‘no-deal’ tidak dapat dinafikan dan tajuk-tajuk berkaitan Brexit akan terus memandu sentimen pasaran dalam masa yang terdekat.

Selain daripada isu Brexit, fokus pelabur pound pada minggu ini adalah keputusan dasar kewangan terkini ahli MPC Bank Pusat England (BoE) yang akan diumumkan pada hari Khamis hadapan.

Kesemua polisi dijangka akan dikekalkan dan laporan inflasi suku tahunan dijangka menunjukkan kelemahan pada tekanan harga walaupun dengan data pekerjaan dan pendapatan yang kukuh.

Gabenor BoE Mark Carney juga dilihat akan menggariskan beberapa tindakan yang akan diambil oleh bank pusat bagi menghadapai senario Brexit.

Jika isu Brexit ini dapat diselesaikan, beliau berkemungkinan mengisyaratkan pengetatan dasar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: