Penyusutan Berterusan Harga Minyak Mendorong USD/CAD Mendaki Ke Paras Tertinggi 7 Minggu Lalu

Penyusutan Berterusan Harga Minyak Mendorong USD/CAD Mendaki Ke Paras Tertinggi 7 Minggu Lalu

Pasangan USD/CAD mengekalkan kedudukan bullish sekitar paras tertinggi tujuh minggu lalu, kekal didagang di atas 1.3200 pada hari Jumaat. Gabungan

Pasangan USD/CAD mengekalkan kedudukan bullish sekitar paras tertinggi tujuh minggu lalu, kekal didagang di atas 1.3200 pada hari Jumaat.

Gabungan antara beberapa faktor kembali membentuk momentum yang positif sejak hari Rabu, menjadikan pasangan matawang ini terus merekodkan peningkatan empat daripada lima hari dagangan yang lalu.

Kebimbangan terhadap impak coronavirus ke atas ekonomi telah memicu gelombang risk-aversion global yang baru pada hari Khamis lalu.

Pemindahan dana-dana ke dalam aset-aset yang lebih selamat seperti dolar AS berikut statusnya sebagai matawang safe haven disamping mempunyai fundamental ekonomi yang lebih kukuh berbanding negara maju yang lain.

Selain itu, penyusutan berterusan harga minyak mentah WTI akibat risiko kelemahan permintaan global turut mengurangkan aliran masuk bagi matawang komoditi seperti loonie

Secara teknikal, kedudukan semasa harga USD/CAD menghampiri resistance penting SMA 200-hari, di mana para pembeli dapat menjadikan 1.3300 sebagai sasaran baru jika berjaya menembusi garisan tersebut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: