Penyusutan Indeks USD Pada Hari Jumaat Lalu Mengecilkan Peningkatan Dollar Sepanjang Tahun 2019

Penyusutan Indeks USD Pada Hari Jumaat Lalu Mengecilkan Peningkatan Dollar Sepanjang Tahun 2019

Kecenderungan pelabur terhadap aset-aset yang berisiko pada hari terakhir tahun 2019 telah menekan dollar ke paras terendah tiga minggu yang lalu ber

Kecenderungan pelabur terhadap aset-aset yang berisiko pada hari terakhir tahun 2019 telah menekan dollar ke paras terendah tiga minggu yang lalu berbanding yen.

USD/JPY sehingga jam 6.35 petang didagang sekitar 108.61, susut 0.24% dan menunju penurunan tiga hari dagangan berturut-turut.

Indeks USD pada hari Jumaat yang lalu telah mengalami penyusut harian yang terburuk sejak Mac 2019, sehingga mengecilkan peningkatan yang diperoleh sepanjang tahun ini ke bawah paras 0.6%.

Angka tersebut jauh lebih rendah berbanding rekod peningkatan 4.4% yang dicatat pada tahun 2018.

Antara faktor yang mendorong penurun tersebut adalah kemajuan positif terhadap isu perjanjian perdagangan AS-China yang mana telah memulihkan sentimen risiko di dalam pasaran.

Penasihat perdagangan White House Peter Navarro pada hari Isnin yang lalu berkata perjanjian fasa pertama berkemungkinan ditandatangani pada minggu hadapan, namun menyebutkan pengesahan hanya akan diumumkan oleh Presiden Trump atau Wakil Perdagangan AS.

Optimis terhadap pemulihan hubungan antara AS-China serta pengukuhan outlook pertumbuhan global turut memberi tekanan ke atas permintaan aset-aset safe haven seperti bon kerajaan.

Namun bagi matawang sensitif risiko seperti AUD dan NZD, kedua-duanya telah melonjak ke paras tertinggi lima bulan berbanding dollar.

Para pelabur akan meneliti data ekonomi yang akan dikeluarkan pada malam ini bagi mencari peluang dagangan.

Dua data ekonomi utama akan dikemas kini bermula dengan indeks komposit harga perumahan hasil tinjauan S&P/Case-Shiller pada jam 8 malam dan bacaan indeks keyakinan pengguna CB bagi bulan Disember pada jam 11 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: