Ford Motor Co akan memecat kira-kira 11% tenaga kerjanya di Eropah, menjadi isyarat terbaru gangguan industri yang disebabkan oleh peralihan sektor automotif kepada kenderaan elektrik.
Pembuangan 3,800 pekerja itu akan dilakukan dalam tempoh tiga akan kehadapan, melibatkan 2,300 jawatan dalam pembangunan produk dan fungsi pentadbiran akan dikurangkan di Jerman, 1,300 di Britain dan 200 lagi di tempat lain di Eropah.
“Ini adalah keputusan yang sukar, tidak dipandang ringan,” kata Martin Sander, pengurus besar Ford di Eropah.
“Ini akan memberi kesan kepada struktur organisasi, bakat dan kemahiran yang kami perlukan pada masa hadapan,” kata Sander.
“Kami mengiktiraf ketidakpastian yang ditimbulkan untuk pasukan kami, dan saya memberi jaminan kepada mereka bahawa kami akan menawarkan sokongan penuh kami kepada mereka pada bulan-bulan mendatang,” tambnahnya.
Syarikat itu berkata keputusan itu bertujuan untuk menggiatkan semula perniagaannya di Eropah dan bersaing secara menguntungkan dengan barisan kenderaan penumpang baharu.
Pemotongan kerja di Jerman adalah lebih rendah daripada 3,200 pemberhentian kerja yang dijangkakan oleh kesatuan IG Metall pada Januari yang lalu.
“Syarikat sedang mengambil tindakan untuk menyusun semula perniagaannya di Eropah, mewujudkan struktur kos yang lebih ramping dan berdaya saing,” kata Ford.
Syarikat itu berkata ia “bertindak balas kepada keadaan pasaran yang berubah dengan pantas dan bidang pesaing kenderaan elektrik yang semakin meningkat memasuki pasaran”.
Ford juga mengumumkan bahawa pengurangan pekerjaan akan dilakukan melalui pelepasan sukarela dan ia akan mengekalkan organisasi kejuruteraan sekitar 3,400 jawatan di Eropah yang memfokuskan pada reka bentuk dan pembangunan kenderaan.
Syarikat kereta gergasi AS itu pada tahun lepas telah mengumumkan pemberhentian ribuan pekerjaan di Amerika Syarikat dan India.