Perancis & Belanda Gesa Badan Penyelia EU Mengehadkan Penguasaan Syarikat Teknologi Gergasi AS

Perancis & Belanda Gesa Badan Penyelia EU Mengehadkan Penguasaan Syarikat Teknologi Gergasi AS

Perancis dan Belanda pada hari ini bersama-sama menggesa badan penyelia EU untuk mengehadkan penguasaan syarikat gergasi Silicon Valley seperti Googl

Perancis dan Belanda pada hari ini bersama-sama menggesa badan penyelia EU untuk mengehadkan penguasaan syarikat gergasi Silicon Valley seperti Google dan Facebook, malah sanggup untuk mengeluarkan mereka jika diperlukan.

Gesaan ini dikeluarkan menjelang keputusan Akta Perkhidmatan Digital terbaru yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Eropah pada akhir tahun ini.

Selain dua syarikat gergasi di atas, Amazon dan Apple juga dilaporkan mempunyai kuasa yang besar ke atas syarikat Eropah yang ingin mengakses pengguna menerusi platform mereka.

Antara isu yang membimbangkan adalah bagaimana maklumat pengguna Eropah akan digunakan.

Sebagai contoh bagaimana Apple mengeluarkan permainan mudah alih terkenal, Fortnite daripada peranti mereka selepas syarikat penerbit Epic menambah ciri pembayaran alternatif yang mana melanggar terma dan polisi App Store.

Setelah mahkamah membenarkan tindakan Apple, beberapa siri permohonan injuksi telah dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak dan masih menantikan keputusan undang-undang yang baru.

Sementara itu, para peniaga yang menjual barang menerusi stor atas talian Amazon mengeluh bahawa syarikat tersebut telah menggunakan meyalah guna maklumat yang diperoleh dari hasil jualan mereka untuk bersaing dengan syarikat yang lain.

Menteri Digital Perancis dan Belanda dalam satu kenyataan bersama berkata Brussels perlu “mengawal selia platform digital gergasi yang terlalu berkuasa”.

Mona Keijzer, menteri digital Belanda tidak menafikan bahawa platform-platform seperti ini menawarkan manfaat yang besar kepada pengguna dan peluang pertumbuhan ekonomi bagi pengusaha.

Namun beliau tetap memperingatkan bahawa sebahagian daripadanya mungkin akan menjadi terlalu berkuasa.

“Kedudukan mereka di dalam pasaran akan semakin sukar ditentang dan kerosakan yang berlaku akan lebih sulit untuk dibaiki”, tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: