Perancis Lancarkan Pelan Rangsangan €100b Untuk Hidupkan Semula Ekonomi

Perancis Lancarkan Pelan Rangsangan €100b Untuk Hidupkan Semula Ekonomi

Perancis akan membelanjakan €100 bilion bagi mengeluarkan ekonominya dari salah satu kemerosotan terburuk di Eropah, menerusi rancangan pemulihan yan

Perancis akan membelanjakan €100 bilion bagi mengeluarkan ekonominya dari salah satu kemerosotan terburuk di Eropah, menerusi rancangan pemulihan yang akan menghidupkan semula reformasi pro-perniagaan yang diperjuangkan oleh Presiden Emmanuel Macron.

Jumlah bantuan tersebut menyamai 4% daripada KDNK negara, yang mana menunjukkan bahawa Perancis menarik lebih banyak dana awam ke dalam ekonominya berbanding negara utama Eropah yang lain.

Kemelesetan Perancis, bermula dengan penguncupan KDNK 13.8% pada Q2 yang mana bertepatan dengan penutupan aktiviti ekonomi akibat Covid-19 dan dijangka menghasilkan penurunan terburuk sehingga 11% pada tahun 2020 secara keseluruhannya.

Dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada ransangan yang telah berjalan selama dua tahun, peruntukan pakej bantuan sebanyak €35 bilion adalah untuk menjadikan ekonomi lebih berdaya saing dan €30 bilion pula untuk mempromosikan dasar tenaga yang lebih hijau.

Selebihnya akan digunakan bagi membantu sektor pekerjaan, latihan dan inisiatif-inisiatif sosial yang lebih luas.

“Rancangan pemulihan ini bertujuan untuk memastikan ekonomi kita tidak runtuh dan ledakan pengangguran,” kata Perdana Menteri Jean Castex di radio RTL.

Beliau menyebutkan bahawa menerusi rancangan tersebut, kerajaan mensasarkan penambahan sekitar 160,000 pekerjaan pada tahun hadapan.

Macron dilaporkan sedang mengumpul rancangan untuk mengembalikan ekonomi Perancis kepada paras pra-krisis sebelum tahun 2022.

Namun begitu, rancangan yang diumumkan dilihat tidak banyak memberi sokongan secara langsung kepada permintaan pengguna yang mana merupakan nadi kepada pertumbuhan Perancis sebagaimana yang dilaksanakan di Jerman.

Jerman memperkenalkan pakej ransangan menerusi pemotongan cukai jualan, sementara Perancis pula mengambil pendekatan yang berbeza dengan menumpukan kepada pekerjaan.

Dengan pemotongan cukai perniagaan bernilai € 10 bilion yang telah ditandai pada tahun 2021 dan 2022, garis masa tersebut berpotensi memulihkan rekod ekonomi Macron di samping mengembalikan agenda pro-perniagaan yang semakin menerima desakan terutamnya setelah berlakunya krisis koronavirus.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: