Perang Dagangan & Brexit Terus Menjadi Duri Kepada Pound (GBP)

Perang Dagangan & Brexit Terus Menjadi Duri Kepada Pound (GBP)

GBP/USD hampir tidak berubah pada hari Selasa lalu, melemahkan harapan untuk melihat prestasi pound yang lebih kukuh beberapa bulan kehadapan. Hal

GBP/USD hampir tidak berubah pada hari Selasa lalu, melemahkan harapan untuk melihat prestasi pound yang lebih kukuh beberapa bulan kehadapan.

Hal ini kerana sentimen pound masih diselubungi oleh ketidaktentuan isu-isu Brexit terutamnya dengan kemajuan rundingan yang kurang memberansangkan.

Menteri Luar Ireland, Simon Coveney menyuarakan kebimbangan terhadap potensi berlakunya konflik yang berterusan antara EU dan UK sehingga berlakunya perubahan syarat yang signifikan.

Sehingga jam 8.25 pagi, GBP/USD didagang sekitar 1.2440, naik 0.06%

Kebimbangan bahawa UK akan meninggalkan Eropah tanpa sebarang perjanjian perdagangan semakin membimbangkan berikutan UK tidak ingin melanjutkan tarikh rundingan melebihi tempoh peralihan yang akan berakhir pada 31 Disember.

Tanpa perjanjian, UK dijangka berhadapan ekonomi yang lebih mencabar kerana terpaksa memikul syarat-syarat dagangan yang digariskan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Menjelang keputusan dasar BoE pada hari Khamis, carta 4-Jam GBP/USD menunjukkan kedudukan neutral-bearsih tanpa arah tuju yang jelas didagang sekitar garisan 100 SMA dan di bawah 20 SMA.

Secara teknikal, pergerakan menaik dilihat terhad pada paras 1.2480 dengan support terhampir berada di zon 1.2400

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: