‘Perang’ Trump Pengaruhi USD

‘Perang’ Trump Pengaruhi USD

Semenjak Presiden Trump mengisyhtiharkan perang perdagangan besar-besaran, bermula dengan kenaikan tarif import aluminium dan keluli terkini China pul

Semenjak Presiden Trump mengisyhtiharkan perang perdagangan besar-besaran, bermula dengan kenaikan tarif import aluminium dan keluli terkini China pula menjadi sasaran utama AS dalam usaha mereka untuk mengecilkan jurang perbezaan dagangan antara dua buah negara kuasa ekonomi dunia ini.

Trump mahu AS mengenakan tarif ke atas sekurang-kurangnya $50 bilion barangan daripada negara China dan pada masa yang sama mahu defisit perdagangan dengan negara tembok besar itu dikurangkan sebanyak $100 bilion. Jurang perdagangan barangan AS dengan China melonjak 8.1 peratus  kepada $375 bilion pada tahun 2017.

Namun begitu, setiausaha perbendaharaan AS Steven Mnuchin kekal optimis AS akan mencapai kata sepakat dengan China untuk mengurangkan defisit antara dua negara itu dan untuk melihat samada mereka boleh mencapai persetujuan tentang perdagangan adil bagi mereka untuk membuka pasaran mereka, mengurangkan tarif mereka, memberhentikan pemindahan teknologi”

Mnuchin juga telah mendedahkan senarai permintaan terhadap China termasuklah pengurangan tarif ke atas perusahaan kenderaan dari AS, pembelian lebih banyak terhadap industri semi konduktor AS dan akses yang lebih luas kepada sektor kewangan China oleh syarikat Amerika.

Pada rabu malam, 28 Mac, laporan KDNK dan Imbangan Dagangan Barangan AS akan diterbitkan. Sebarang pengukuhan ke atas data-data ini akan memberikan lonjakan kepada USD dan memberikan bayangan bahawa Trump berada di landasan yang betul apabila beliau mengisyhtiharkan perang perdagangan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: