Perdana Menteri Jepun Berharap Trump Memahami Nilai TPP

Perdana Menteri Jepun Berharap Trump Memahami Nilai TPP

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe memberitahu pihak media bahawa dia pasti Presiden Amerika yang baru Donald Trump memahami tentang kepentingan hubunga

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe memberitahu pihak media bahawa dia pasti Presiden Amerika yang baru Donald Trump memahami tentang kepentingan hubungan dagangan antarabangsa serta Trump akan menitik beratkan isu perjanjian dagangan dengan negara-negara lain walaupun sebahagian besar pentadbiran Trump tidak setuju.
Itulah Kenyataan Perdana Menteri tersebut pada hari ini.

Shinzo Abe juga menegaskan bahawa beliau akan berusaha untuk mengeratkan hubungan U.S dengan Jepun berdasarkan kepentingan bersama antara beliau dengan Donald Trump.

Abe juga memberitahu bahawa syarikat-syarikat Jepun banyak memberikan sumbangan kepada ekonomi US dan ianya merupakan salah satu langkah pihak Jepun untuk mengurangkan cukai impot ke Amerika.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga dalam ucapannya, Tokyo menumpukan perhatian kepada pentadbiran Amerika yang baru serta bersedia akan kesan dari perubahan polisi dagangan US untuk mengelakkan cukai impot yang tinggi dan Yoshihide Suga juga memberitahu hubungan antara dua negara ini perlu diperkasakan.

Pada Jumaat yang lepas, Pentadbiran Trump yang baru menyatakan niat untuk keluar dari pakatan kerjasama dagangan Trans-Pasifik yang terdiri daripada 12 negara.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: