Perdebatan Isu Pakej Ransangan Terbaru AS Menekan USD

Perdebatan Isu Pakej Ransangan Terbaru AS Menekan USD

Dolar AS memulakan dagangan minggu ini lebih rendah berbanding matawang utama yang lain dengan jualan rumah sedia ada jatuh lebih rendah daripada jan

Dolar AS memulakan dagangan minggu ini lebih rendah berbanding matawang utama yang lain dengan jualan rumah sedia ada jatuh lebih rendah daripada jangkaan pada bulan Mei, mencatat penyusutan terbesar sejak 2010 dalam unjuran tahun ke tahun.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbaning enam matawang utama yang lain susut 0.62% kepada 97.00 mata.

Dalam keadaan kadar faedah Fed masih di paras terendah, kelemahan pada sektor perumahan bukanlah sesuatu yang mengejutkan berikutan angka pengangguran di AS yang besar mengurangkan keyakinan para pengguna untuk melakukan pembelian.

Memetik kenyataan Kathy Lien Pengarah Urusan BK Asset Management, pasaran perumahan di AS dijangka menjadi salah satu sektor yang mengalami pemulihan terlambat dan data-data terbaru akan terus mencerminkan hal tersebut.

Beliau turut menggariskan dua isu penting yang menjadi tumpuan para pelabur pada minggu ini iaitu angka kes terbaru koronavirus dan tajuk berkaitan lanjutan ransangan dan bantuan kepada para penganggur di Amerika Syarikat.

Kerajaan dilaporkan akan membentangkan satu idea baru berkenaan pakej ransangan bernilai AS$1 trillion.

Selain itu terdapat juga khabar angin mengenai pembiayaan gaji dan dana-dana bantuan koronavirus yang kedua termasuk lanjutan tempoh pengangguran dan insentif kepada mereka yang kembali bekerja.

Dengan tarikh akhir bantuan lanjutan para penganggur semakin hampir iaitu pada 31 Julai, isu ini semakin hangat diperbincangkan.

Menurut WHO, Ahad lalu merekodkan peningkatan harian terbesar kes Covid-19 diseluruh dunia namun kawasan Arizona dan Florida telah melaporkan peningkatan yang lebih kecil pada hari Isnin.

“Jika trend ini dapat diteruskan, kebimbangan terhadap risiko gelombang kedua akan melemah, sekali gus akan meransang permintaan matawang dan ekuiti”, jelas Lien.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: