Pergelutan Bear & Bull, Apa Hala Tuju Terkini USD?

Pergelutan Bear & Bull, Apa Hala Tuju Terkini USD?

Pada awal sesi NY yang lalu, pasaran memperlihatkan peningkatan yang drastik pada USD. Walau bagaimanapun, dollar menyerah kembali semua keuntungan te

Pada awal sesi NY yang lalu, pasaran memperlihatkan peningkatan yang drastik pada USD. Walau bagaimanapun, dollar menyerah kembali semua keuntungan tersebut dan tutup dengan penyusutan -0.08% kepada paras 89.45

Antara punca utama naik turun dollar dalam julat yang besar pada hari Selasa adalah pergerak mendadak 1,100 mata saham ekuiti Dow Jones sehingga menyebabkan volatiliti yang tinggi pada matawang. Dow kembali mendaki selepas jatuh sebanyak 500 mata dan mencatatkan rekod peningkatan sebanyak 540 mata pada akhir sesi pasaran lalu.

Pergerakan besar saham Wall Street yang berlarutan sehingga waktu dagangan hari Selasa telah menyebabkan berlakunya risk aversion yang membawa kepada kecairan besar.

Dalam istilah ekonomi risk aversion bermaksud para pelabur akan mengelak daripada pelaburan yang berisiko tinggi kepada risiko yang lebih rendah dah selamat seperti bon, deposit tetap atau pelaburan dividen.

Keadaan ini sekaligus memberi galakan untuk pelabur melakukan profit taking sehingga menyebabkan pembelian semula modal dalam bentuk USD dan Yen. Selain itu, pergerakan ini turut menyebabkan stop order dibuka dan mempercepatkan kejatuhan.

Namun begitu, pasaran masih bimbang dengan impak negatif daripada peningkatan hasil 10-tahun bon AS sebanyak 9.4 mata asas atau 2.8% yang akan menyebabkan bahaya terhadap ekonomi AS berikutan kadar pinjaman akan meningkatan untuk perumahan, pengguna dan perniagaan sehingga peningkatan USD terhad dan terhalang.

Walau bagaimanapun, pelaburan fixed-income tetap mendapat perhatian berikutan pulangan lebih tinggi, dan pelabur turut beralih daripada saham kepada bon sehingga menyebabkan ekuiti terus ditekan.

Tiada kemenangan dapat diumumkan daripada pergelutan antara ‘bull’ dan ‘bear’ USD pada hari Selasa dan indeks USD kekal bergerak berhampiran 89.56 pada jam 4.15 petang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: