Pergerakan Harga Emas Sekata Selepas Jatuh Hampir $15

Pergerakan Harga Emas Sekata Selepas Jatuh Hampir $15

Pasaran emas bergerak sekata pada hari Rabu selepas jatuh mendadak hampir -$14.20  pada akhir sesi dagangan NY semalam, didorong oleh komen Pengerusi

Pasaran emas bergerak sekata pada hari Rabu selepas jatuh mendadak hampir -$14.20  pada akhir sesi dagangan NY semalam, didorong oleh komen Pengerusi Fed, Jerome Powell yang menjangkakan ekonomi AS akan terus mengukuh dalam tempoh 2 tahun akan datang.

Beliau turut mengutarakan pendapat bahawa pertumbuhan akan terus mengukuh sehingga akhir tahun ini.

Pasaran hadapan emas bagi bulan April di Comex NYMEX kini didagangkan sekitar $1,319.90 per auns, naik 1.30 sen pada jam 3.00 petang.

Ulasan Powell semalam telah member sokongan kepada Fed untuk mengubah dot plot mereka, melihat penambahan jumlah rate hike kepada empat kali berbanding tiga kali sebelum ini.

“Kita telah melihat beberapa data yang mana telah menambahkan keyakinan saya untuk melihat kadar inflasi sedang bergerak ke arah sasaran”, kata beliau.

Powell juga menjelaskan, “Kami turut melihat pengukuhan (ekonomi) global akan terus meningkat dan dasar fiskal akan lebih memberi ransangan”.

USD melonjak ke paras tertinggi selepas ulasan Powell di hadapan kongres dengan indeks USD kini stabil sekitar paras 90.39. Hasil bon 10-tahun AS juga menujukkan reaksi yang sama, naik semula ke paras 2.90%

Emas sensitif dengan pergerakan dollar, nilai greenback yang tinggi menyukarkan pemilik matawang asing yang lain untuk membeli emas berikutan harga yang mahal.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: