Pergerakan & Perniagaan Tujuh Wilayah Lain Bakal Disekat, Jepun Perluas Perintah Darurat

Pergerakan & Perniagaan Tujuh Wilayah Lain Bakal Disekat, Jepun Perluas Perintah Darurat

Kerajaan Jepun dijangka memperluaskan perintah darurat kepada tujuh wilayah lain hari ini dalam usaha menangani lonjakan mendadak jangkitan Covid-19

Kerajaan Jepun dijangka memperluaskan perintah darurat kepada tujuh wilayah lain hari ini dalam usaha menangani lonjakan mendadak jangkitan Covid-19 di seluruh negara.

Perintah yang sama telah diisytiharkan di Tokyo minggu lalu, termasuk tiga wilayah berhampiran, berkuatkuasa pada Jumaat lepas sehingga 7 Februari hadapan.

Perluasan perintah darurat negeri ini dilakukan susulan gesaan gabenor Osaka, Hyogo, Kyoto, Aichi, Gifu, Fukuoka, dan Tochigi, merangkumi kira-kira 55% penduduk Jepun.

Hal ini akan memberi hak kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengenakan larangan kawalan pergerakan terhadap penduduk dan perniagaan.

Antara SOP darurat yang telah ditetapkan sebelum ini adalah memendekkan waktu perniagaan di restoran dan bar hingga jam 8 malam, meminta orang ramai untuk tidak melakukan acara yang tidak penting, dan mengurangkan jumlah penumpang sebanyak 70 peratus dengan mempromosikan kerja telekomunikasi serta menghadkan kehadiran di pelbagai acara.

Akhbar tempatan melaporkan bahawa kerajaan kini sedang merancang untuk memperdengarkan pendapat pakar dalam mesyuarat panel penasihat sebelum mengumumkan sebarang keputusan.

Kemudian, Perdana Menteri Suga Yoshihide dijangka mengadakan sidang akhbar bagi memperjelaskan keputusan yang dibuat di samping memohon rakyat untuk memberi kerjasama.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: