Pergerakan Semasa Forex Menjelang Penutupan Sesi Asia

Pergerakan Semasa Forex Menjelang Penutupan Sesi Asia

Indeks USD (DYX) yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain berada di paras 93.89, susut 0.12% menjelang penutupan pasaran Tokyo p

Indeks USD (DYX) yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain berada di paras 93.89, susut 0.12% menjelang penutupan pasaran Tokyo pada jam 3.00 petang.

Semalam, dolar naik mendadak didorong oleh kelemahan Euro yang ditekan isu ketidaktentuan politik di Jerman apabila Canselor Angela Merkel gagal membentuk kerajaan campuran. Hal ini menimbulkan persoalan mengenai kedudukan Angela Merkel sebagai ketua parti yang memimpin Jerman.

Kejatuhan Euro telah menolak indeks dolar naik ke paras tertinggi seminggu yang lalu, namun terhalang dengan perkembangan Brexit yang semakin baik.

Pound terus mengukuh selepas terdapat sebuah laporan mengatakan bahawa kerajaan UK bersedia untuk menambah baik tawaran pembayaran semula dalam perjanjian pemisahan (divorce bill).

Laporan tersebut memberi harapan baru kepada para pelabur untuk melihat perbincangan yang lebih terperinci berkenaan syarat-syarat perdagangan apabila isu divorce bill ini menjadi salah satu faktor kebuntuan dalam rundingan Brexit sejak beberapa fasa perbincangan yang lalu.

Pergerakan pertukaran matawang asing (Forex) sepanjang sesi Asia hari Selasa secara keseluruhannya bergerak sideway sekitar julat 10-20 pips. Berikut adalah perubahan greenback berbanding matawang lain pada jam 2.30 petang:

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: