protest-kazakhstan

Pergolakan Di Kazakhstan Meruncing, Harga Minyak Melonjak

Pergolakan yang sedang melanda salah satu anggota OPEC+, Kazakhstan telah menaikkan harga minyak berikutan kebimbangan pelabur terhadap isu gangguan bekalan.

Bagaimanapun, pasaran uranium kelihatan kurang terjejas walaupun negara Asia Tengah itu merupakan pengeluar kedua terbesar dunia.

“Rusuhan jelas boleh menghentikan pengeluaran dan eksport,” kata Bjarne Schieldrop, penganalisis di bank Sweden SEB.

Sepanjang minggu lepas, harga minyak mentah meningkat kira-kira lima peratus dan pada hari Jumaat Brent melonjak melebihi AS$83 setong, “meletakkannya di pada paras tertinggi sejak kejatuhan harga yang dicetuskan oleh penampilan pertama varian Omicron pada akhir November,” kata Carsten Fritsch, komoditi penganalisis di Commerzbank.

Protes semakin merebak ke seluruh negara yang mempunyai populasi 19 juta penduduk itu susulan kemarahan terhadap kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG) pada tahun baru, yang digunakan sebagai bahan bakar kenderaan.

Ribuan pendudukan turun membanjiri jalan raya di Almaty dan di wilayah barat Mangystau dalam satu protes yang meluas termasuk slogan anti-kerajaan.

Keganasan tercetus apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan ‘flashbang’ ke arah ribuan penunjuk perasaan yang membantah di Almaty pada Selasa lalu.

Pada hari berikutnya, penunjuk perasaan menyerbu bangunan kerajaan, membakarnya, sekali gus menyebabkan pengisytiharan darurat di seluruh negara.

Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev pada hari Jumaat menolak gesaan untuk berbincang dengan penunjuk perasaan selepas beberapa hari pergolakan, bahkan membenarkan pasukannya menembak untuk membunuh tanpa amaran.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *